cikgumeli


Site Owner
Joined Oct 21 2012
Actions
General Info

MALE
37 years old
Kuala Krai, Malaysia
Site Memberships

kvkualakrai
Sekolah
UNIT ICT KV KUALAKRAI

About Me

A. MAKLUMAT ASAS

Nama :KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI

Nama Pengarah: Tn Hj Mohd Shakri bin Ab Halim

Alamat Penuh

Kolej Vokasional Kuala Krai,

KM2,Lebuh Raya Kuala Krai – Gua Musang,

18000 Kuala Krai, Kelantan.

Luas Kawasan:35.5 ekar

Jumlah Staf:24 orang

Jumlah Guru:109 orang

Bidang-bidang Vokasional

Aliran Vokasional: Ketukangan/Pengurusan Perniagaan

Aliran Kemahiran: Sijil Kemahiran Malaysia

No Telefon

09-9653023/24

No Faks

09-9669677

e-mail

smtkkrai @ gmail.com & teknikrai @ ymail.com

Laman Web

http://www.teknikrai.edu.my

B. LATARBELAKANG

Sekolah ini mula dibina pada tahun 1984 di bawah Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional pada masa itu di atas tapak seluas 35.5 ekar dengan pembiayaan Asian Development Bank Fasa Ke-2 (ADB2). Ianya dibuka dan mula berfungsi dengan nama SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL KUALA KRAI. Perasmian telah dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada masa itu Tun Dr Mahathir b Mohamad pada 31 Julai 1986.

Bermulalah pengambilan pelajar seramai 250 orang dengan menawarkan 7 kursus aliran vokasional ketukangan iaitu Amalan Bengkel Mesin, Automotif, Binaan Bangunan, Elektrik, Elektronik, Kimpalan Fabrikasi Logam dan Penyamanan dan Penyejukan Udara. Di samping itu 2 kursus aliran vokasional akademik juga ditawarkan iaitu Pengurusan Perniagaan dan Pengurusan Pejabat.

Pada bilan November 1995, sekolah ini telah dinaiktaraf dengan diberi nama baru, SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUALA KRAI dengan penambahan peruntukan baru RM 7 juta. Pengambilan pertama pelajar aliran teknik pada Februari 1996 dengan kursus Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) dan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) dengan penambahan pelajar seramai 180 orang.

Pada tahun 2003, julung kali pengambilan pelajar kursus Perdagangan Keusahawanan dilakukan. Di samping itu sekolah ini juga menawarkan kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bermula tahun 2004 iaitu Juru Elektrik Rendah (JER), Mekanik Kenderaan Motor (MKM), Menservis Radio & Televisyen (MRTV), Pemesinan AM (PA) dan Tukang Kimpal Arka (TKA).

Senarai pengetua sekolah yang telah memberi khidmat bakti yang cemerlang adalah sebagaimana berikut:-

 

BAKTI MU DALAM LIPATAN SEJARAH

 

 

HJ HASSAN BIN KEMAT

01 Julai 1987 – 15 November 1995

HJ MOHD ZAKUAN BIN MUSTAPHA

16 November 1995 – 04 September 1998

HJ MOHD ADENAN BIN DERAMAN

16 Disember 1998 – 31 Mei 2005

HJ ABD RAHMAN BIN MAMAT

16 Ogos 2005 – 31 Julai 2008

HJ AWANG BIN JUNOH

01 Ogos 2008 – 30 OKTOBER 2010

HJ MOHD SHAKRI BIN AB HALIM @ MAT SOH

1 NOVEMBER 2010-SEKARANG

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

You must be a member to comment on this page. Sign In or Register

0 Comments